Adakah ini dinamakan cinta dari Allah untukku? Atau ini adalah hasutan syaitan untukku supaya aku tidak fokus dalam pelajaranku? Perkara ini selalu bermain di mindaku. Aku buntu, apa sebenarnya yang sedang berlaku ini. Kenapa hati aku tiba-tiba berdegup dengan laju tadi? Kenapa aku jadi tidak keruan saat di dalam lecturer's room?
Aku terkejut dari lamunanku bila terdengar Mirza menjerit namaku.
" Awal balik. Bukan tadi kata nak pergi study kt pentad ko? Tadikata lambat balik. Ni awal je kelik." tanya mieja kepada aku.
" Mieja, lapar dok? Jom pergi makan tengahari. Nanti anis citer ko mieja apa yang berlaku. " ajak aku.
Kami pun turunlah ke kafe B untuk makan tengahari di sana. Selesai sahaja membeli makanan tengahari, kami cari port untuk makan di depan sekali sebab dekat dengan televisyen, jadi mudah sikit nak layan drama sambil makan.
Tiba-tiba, Mieja mengeluarkan soalan kepada aku.
" Tadi Anis kata nak cerita bakpo balik awal. Ceritalah." kata Mirza.
" Ingat dop hari tu anis ada citer ko Mieja yang anis mimpikan lecturer biology tu? Lecturer yang Mieja duk crush tu lah? "
" Ho, bakponya? "
" Lepas daripada mimpi haritu, Anis tak caro dah la. Anis duk fikir yang benda tu mimpi semata-mata. Yelah, sebab Anis tak pernah pun suka ko lecturer tu. Anis tak pernah crush pun ko dia. Anis tahulah ramai budak pompuan duk minat dia. Tapi gak, Anis tak doplah simpan perasaan srupo dgn budak pompuan yang len tu. Setakat kenal dia sebagai lecturer dekat kolej tu jelah. Tadi, Anis nak pergi jupo lecturer chemist Anis. Anis pergilah masuk dalam pentad tu, dengan bersemangat ni nak pergi belajar. Masuk dalam lecturer's room tu, nampak dia. Tiba-tiba, jantung Anis jadi berdegup dengan cepat. Anis tak tahu bakpo. Tiba-tibanya jadi. Dia pulak duk depan lecturer yang Anis nak tanya tu. Anis yang bersemangat tadi, jadi hile semangat. Jadi tak leh nak pikir gapo-gapo. Jadi buntu, jadi tak keruan gitu ore oyak. Tak tahu bakpo. "
" Bakpo boleh jadi gitu benar. Jangan-jangan Anis betul-betul sayang dia. Anis ni dah jadi macam orang jatuh cinta kali pertama dah ni." kata Mirza sambil ketawa.
" Tak tahu. Anis tak tahu perasaan Anis lonie. Anis takut, ini hanya hasutan syaitan supaya Anis tak fokus nak periksa. Anis tak tahu bakpo Anis jadi gini. "
" Ore pun tak tahulah nak kata gano lagi. "
Selesai makan tengahari, Mirza kembali ke "pentad" and aku kembali ke bilik untuk study.
Setiap petang aku selalu berjanji dengan bestie aku yang kami akan makan malam bersama-sama. Petang itu, aku ceritakan masalah aku itu kepada kawanku. Aku cerita segalanya dari A-Z.
" Tak tahulah nak wat gano jugak. Anis wat tak caro sudah lah. Lama-lama hilanglah tu. Mainan syaitan je tu kali. Nak periksa ni biasalah. Habis exam ni tak dop dah la perasaan tu nanti. " kata bestie aku iaitu Izzati kepada aku.
Aku turutkan apa yang dia cakap.
Setelah dua minggu berlalu, akhirnya selesai Peperiksaan Semester Pendidikan Malaysia. Selama dua minggu itu, perasaan aku kepada dia, semakin hari semakin berputik. Kalau sehari aku tak jumpa dia, aku tak berasa gembira.
Sudah tiba masanya untuk pelajar-pelajar KMPP, pulang ke negeri masing-masing untuk bercuti Semestar Satu.
Semasa berada di Kelantan, setiap hari aku fikirkan pasal dia. Aku tidak pernah lupakan dia. Aku jadi hairan, kenapa aku tetap begini, sedangkan peperiksaan sudah berakhir. Adakah aku sudah betul-betul menyayangi dan mencintai dia? Aku jadi buntu dengan perasaan aku ni.
Setiap malam aku berdoa kepada Allah agar Allah tunjukkan jalan kepada aku. Apa yang sedar terjadi kepada diriku ini.
Satu malam, aku teringat cerita yang Izzati ceritakan kepadaku. Tentang seorang perempuan yang baru untuk berhijrah, berdoa kepada Allah agar lelaki yang sombong dengannya itu menjadi suami dia. Aku teringat yang Izzati ada cakap yang perempuan itu setiap kali solat berdoa agar lelaki yang sombong dengan dia itu menjadi suaminya. Dia berdoa siap dengan nama penuh lagi. Asalnya perempuan itu berdoa, bukan dengan ada perasaan suka kepada lelaki itu. Aku ni memang jelas sedang kemaruk cinta dengan lelaki tu.
Jadi, aku berniat untuk setiap kali aku solat, aku akan doakan namanya dengan penuh agar menjadi suamiku. Aku bukan setakat berniat tapi aku memang inginkan dia menjadi suamiku. Aku betul-betul berharap. Setiap kali aku solat, nama dia selalu ada dalam doaku. Kalau aku tak ingat nak sebut, tapi dia selalu ada dalam minda aku.
Kehidupan seharianku, pasti akan ada dia. Diri aku sekarang membuatkan aku tak dapat teriman mana-mana lelaki. Aku merasakan aku ada ikatan dengan dirinya. Aku tak mampu untuk buka pintu hati aku untuknya. Bagi aku, aku sudah dimiliki. Hanya tinggal pengesahan dari Allah.
BERSAMBUNG.....
No comments:
Post a Comment