Assalamualaikum my diary.
Tetiba lak, keluar perkataan ini dalam minda ONCE YOU THINK, REMEMBER ALLAH WHO IS OUR CREATOR. Tak tahu lak, apesal otak ni tiba2, kluar prkataan ini. Ada mksud tersirat prkataan ini. Tapi, apkh mksud tersiratnya ye. hahahahaha. (Duk main teko-teki sekor weh. hahahaha. kure nyo jadi)
Once you think, remember Allah who is our creator. It means never follow your desire when you want to figure out or do something. Manusia ni dia ada kelebihan dan kekurangan yg Allah brikan kpd mereka sjak mereka dilahirkan. Kelebihannya adlah akal dan kekurangannya adlah nafsu. Mmg tabiat manusia, lbih suka mengikut hawa nafsu dri menggunakan akal yg dibrikan oleh Allah.
Siapa yg tk suka akan kesenangan dunia. Siapa yg suka brsusah dahulu bersenang kemudian. Siapa yg suka bersabar. Senang kata siapalah yg tak nk hidup senang dan bahagia semasa berada di dunia ini. Semua inginkan kesenangan di dunia ini. Ini kerana ia membuatkan hati kita sangat bahagia. Dengan kata lain, senyuman sentiasa melekang di bibir. Hati pun mula lah jadi lara. Duk rasa dunia ni dia punyalah.
Oleh sebab itu, Allah memberikan kita kelebihan yang tidak dimiliki oleh ciptaan-Nya yg lain iaitu akal. Ciptaan Allah yg lain, misalnya binatang mana ada akal. Kalau ada akal tak delah binatang tu duk berak atas jalan. Manusia ini adalah salah satu ciptaan Allah yang paling hebat. Hal ini, membuatkan kita lain dari ciptaan Allah yg lain.
Allah brikan kelebihan pada hambanya bukan sahaja2 nak main2 taw. Allah ni bagi kelebihan bersebab. Sebabnya Allah nk tgok hamba Dia ni gunakan dgn elok tak kelebihan yg diberikan. Oleh itu, kalau kita berfikir, ingat Allah terus iaitu pencipta kita. In sha Allah,bila kita nak buat sesuatu keputusan kalau kita ingat Allah, kita akan buat keputusan dengan bijak tanpa mengikut hawa nafsu. Nafsu ni akan sentiasa menghantui diri kita. Ia akan sentiasa mengikut kita. Ia akan selalu menghasut agar kita membuat sesuatu perkara yang menggembirakan kita walhal ia adalah sesuatu yang akan merosakkan diri kita.
So, once you think, remember Allah, who is your creators. In sha Allah, you will never follow your desire. You will make the best decision in your life.
No comments:
Post a Comment