Tuesday 9 February 2016

Will You Be My Husband?

    Adakah ini dinamakan cinta dari Allah untukku? Atau ini adalah hasutan syaitan untukku supaya aku tidak fokus dalam pelajaranku? Perkara ini selalu bermain di mindaku. Aku buntu, apa sebenarnya yang sedang berlaku ini. Kenapa hati aku tiba-tiba berdegup dengan laju tadi? Kenapa aku jadi tidak keruan saat di dalam lecturer's room?

   Aku terkejut dari lamunanku bila terdengar Mirza menjerit namaku.

  " Awal balik. Bukan tadi kata nak pergi study kt pentad ko? Tadikata lambat balik. Ni awal je kelik." tanya mieja kepada aku.

 " Mieja, lapar dok? Jom pergi makan tengahari. Nanti anis citer ko mieja apa yang berlaku. " ajak aku.

   Kami pun turunlah ke kafe B untuk makan tengahari di sana. Selesai sahaja membeli makanan tengahari, kami cari port untuk makan di depan sekali sebab dekat dengan televisyen, jadi mudah sikit nak layan drama sambil makan.

  Tiba-tiba, Mieja mengeluarkan soalan kepada aku.

  " Tadi Anis kata nak cerita bakpo balik awal. Ceritalah." kata Mirza.

  " Ingat dop hari tu anis ada citer ko Mieja yang anis mimpikan lecturer biology tu? Lecturer yang Mieja duk crush tu lah? "

 " Ho, bakponya? "

 " Lepas daripada mimpi haritu, Anis tak caro dah la. Anis duk fikir yang benda tu mimpi semata-mata. Yelah, sebab Anis tak pernah pun suka ko lecturer tu. Anis tak pernah crush pun ko dia. Anis tahulah ramai budak pompuan duk minat dia. Tapi gak, Anis tak doplah simpan perasaan srupo dgn budak pompuan yang len tu. Setakat kenal dia sebagai lecturer dekat kolej tu jelah. Tadi, Anis nak pergi jupo lecturer chemist Anis. Anis pergilah masuk dalam pentad tu, dengan bersemangat ni nak pergi belajar. Masuk dalam lecturer's room tu, nampak dia. Tiba-tiba, jantung Anis jadi berdegup dengan cepat. Anis tak tahu bakpo. Tiba-tibanya jadi. Dia pulak duk depan lecturer yang Anis nak tanya tu. Anis yang bersemangat tadi, jadi hile semangat. Jadi tak leh nak pikir gapo-gapo. Jadi buntu, jadi tak keruan gitu ore oyak. Tak tahu bakpo. "

  " Bakpo boleh jadi gitu benar. Jangan-jangan Anis betul-betul sayang dia. Anis ni dah jadi macam orang jatuh cinta kali pertama dah ni." kata Mirza sambil ketawa.

 " Tak tahu. Anis tak tahu perasaan Anis lonie. Anis takut, ini hanya hasutan syaitan supaya Anis tak fokus nak periksa. Anis tak tahu bakpo Anis jadi gini. "

 " Ore pun tak tahulah nak kata gano lagi. "

    Selesai makan tengahari, Mirza kembali ke "pentad" and aku kembali ke bilik untuk study.

Setiap petang aku selalu berjanji dengan bestie aku yang kami akan makan malam bersama-sama. Petang itu, aku ceritakan masalah aku itu kepada kawanku. Aku cerita segalanya dari A-Z.

  " Tak tahulah nak wat gano jugak. Anis wat tak caro sudah lah. Lama-lama hilanglah tu. Mainan syaitan je tu kali. Nak periksa ni biasalah. Habis exam ni tak dop dah la perasaan tu nanti. " kata bestie aku iaitu Izzati kepada aku.

     Aku turutkan apa yang dia cakap.

   Setelah dua minggu berlalu, akhirnya selesai Peperiksaan Semester Pendidikan Malaysia. Selama dua minggu itu, perasaan aku kepada dia, semakin hari semakin berputik. Kalau sehari aku tak jumpa dia, aku tak berasa gembira.

   Sudah tiba masanya untuk pelajar-pelajar KMPP, pulang ke negeri masing-masing untuk bercuti Semestar Satu.

  Semasa berada di Kelantan, setiap hari aku fikirkan pasal dia. Aku tidak pernah lupakan dia. Aku jadi hairan, kenapa aku tetap begini, sedangkan peperiksaan sudah berakhir. Adakah aku sudah betul-betul menyayangi dan mencintai dia? Aku jadi buntu dengan perasaan aku ni.

  Setiap malam aku berdoa kepada Allah agar Allah tunjukkan jalan kepada aku. Apa yang sedar terjadi kepada diriku ini.

  Satu malam, aku teringat cerita yang Izzati ceritakan kepadaku. Tentang seorang perempuan yang baru untuk berhijrah, berdoa kepada Allah agar lelaki yang sombong dengannya itu menjadi suami dia.  Aku teringat yang Izzati ada cakap yang perempuan itu setiap kali solat berdoa agar lelaki yang sombong dengan dia itu menjadi suaminya. Dia berdoa siap dengan nama penuh lagi. Asalnya perempuan itu berdoa, bukan dengan ada perasaan suka kepada lelaki itu. Aku ni memang jelas sedang kemaruk cinta dengan lelaki tu.

  Jadi, aku berniat untuk setiap kali aku solat, aku akan doakan namanya dengan penuh agar menjadi suamiku. Aku bukan setakat berniat tapi aku memang inginkan dia menjadi suamiku. Aku betul-betul berharap. Setiap kali aku solat, nama dia selalu ada dalam doaku. Kalau aku tak ingat nak sebut, tapi dia selalu ada dalam minda aku.

  Kehidupan seharianku, pasti akan ada dia. Diri aku sekarang membuatkan aku tak dapat teriman mana-mana lelaki. Aku merasakan aku ada ikatan dengan dirinya. Aku tak mampu untuk buka pintu hati aku untuknya. Bagi aku, aku sudah dimiliki. Hanya tinggal pengesahan dari Allah.

BERSAMBUNG.....

Cinta Si Gadis Chemistry To Mr. Biology

  "Cikgu, comelnya budak ini. Anak cikgu ke?" tanya aku kepada Mr. Biology sambil melihat budak di dukung di belakangnya.

  "Takdelah awak" katanya sambil mencuit daguku.

    Hari demi hari berlalu,  aku menjaga budak itu bersama dengan Mr. Biology. Budak itu sudah aku anggap seperti anakku. Aku menjaganya bersama Mr. Biology dengan penuh kasih sayang. Kami sangat menyayangi budak itu. Aku merasakan kami seperti sebuah keluarga yang bahagia. Hari-hari aku berasa sangat bahagia di samping anak itu dengan Mr. Biology.

  "Hanis bangun, solat subuh. Dah pukul 6.30 pagi dah ni. Dah lewat. Toilet dah ramai orang tu. Bangunlah." kata Dayah iaitu roommateku kepadaku.

  Aku bangun dari tidur dalam keadaan mengantuk pergi ke toilet untuk mandi. Sepanjang aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, jarang sekali untuk aku mandi di bathroom pada waktu pagi. Aku ni adalah manusia yang paling benci menunggu. Aku tak sukalah menunggu berjam-jam semata-mata nak mandi dekat bathroom. Aku rela mandi dalam toilet dari mandi dalam bathroom yang aku harus tunggu berjam-jam. Ini hanya membazirkan masa aku sahaja.

   Saat aku sedang mandi, perasaan aku ni berasa sangat gembira. Aku tidak tahu kenapa perasaan  aku gembira sangat. Aku jadi tertanya-tanya.

   "Apesal lak ni gembira semacam. Aku mimpi ape semalam ni. Mesti ada benda yang aku mimpi, sampai aku rasa gembira ni. Tapi ape ep? Hah, aku mimpi dekat lelaki tu. Apesal lak aku mimpi dekat dia. Aduyaiii... Gila apelak ni mimpi dekat dia. Buang tabiat ke apa mimpi ke lecturer sendiri." kata aku dalam hati.

  Selesai sahaja date dengan Allah, aku terus cerita mimpi aku itu kepada roommate aku. Aku cerita segalanya dari A-Z. Aku tanya roommate aku tentang mimpi ini sambil bersiap sedia hendak pergi ke kuliah.

  " Dayah, kenapa hanis mimpi macam ni? Dayah, betul ke kalau kita mimpi dekat seorang lelaki ni, maknanya lelaki itu adalah jodoh kita? " tanya aku.

  " Awak semalam mimpi kan dia, pukul berapa? Orang kata kalau mimpi waktu pukul 2 pagi hingga 4 pagi lebih itu adalah mimpi yang boleh menjadi kenyataan. Tapi saya tak pastilah betul ke tak " beritahu Dayah.

  " Hanis, bakpo anis mimpi ko crush ore nya anis. Anis ni jahatlah mimpi ko crush ore. " kata roommateku seorang lagi iaitu seorang gadis dari negeri asalku iaitu Kelantan.

  " Hanis pun tak tahu jugak bkpo mieja. Anis pun kejut boleh mimpi ko dia. Anis tak pernah sekali pun teringin nak dekat dia or crush kat dia. Hanis pun tahu yang mieja crush dekat dia. Takkan anis nak ambik orang yang mieja crush. " beritahu aku kepada mieja.

   " Hanis mimpi pasal dia ni waktu anis terjaga Dayah bangun nak study. Hanis xsure pulak pukul berapa waktu tu. Tapi, masa anis terjaga tu, sebelum tu dah mimpi dah, lepas terjaga tu dia sambung balik. " jawab aku soalan Dayah itu.

  Semua orang dalam bilik itu tidak dapat menjawab soalanku. Aku hairan kenapa aku boleh mimpikan dia. Aku tahu tentang kewujudannya di kolej itu. Aku tahu yang dia menjadi tumpuan ramai pelajar perempuan di kolej itu. Ramai pelajar perempuan yang menggilai dia. Ini kerana dia seorang yang handsome, tinggi, putih dan kaya. Memanglah itu adalah ciri-ciri lelaki pilihanku tapi aku dah belajar dekat matrik tu nak habis satu semester. Setiap kali pergi pejabat lecturer, selalu jumpa dia. Tak pernah simpan dalam hati, yang minat dekat dia.

  Kenapa pulak baru sekarang perasaan ini ada. Aigooo. Apesal dengan aku ni. Biarkanlah. Hanya mimpi semata-mata kali. Lupakan itu. Kau nak exam PSPM ni anis, lupakanlah. Syaitan nak godalah tu biar kau tak fokus. Lupakan,


Minggu study week untuk PSPM.


    Hari ni aku bercadang nak pergi berjumpa dengan lecturer chemistry aku selepas seminggu tak datang jumpa. Aku nak pergi buat latihan bersama dengan dia. Semua roommate aku tiada dalam bilik, semuanya pergi berziarah "pentad", iaitu lecturer room. Kami ada masa seminggu sahaja lagi sebelum menghadapi peperangan besar bagi semester ini. Jadi, kami harus memperlengkapkan diri sebelum pergi berperang. Oleh sebab itu, pihak kolej memberi peluang kepada para pelajar untuk pergi berjumpa dengan lecturer untuk menanyakan soalan yang tidak dapat diselesaikan.

" Hanis nak pergi pentad dulu ye. Bye. Assalamualaikum Dayah and Mieja. Bye Kuga. " kata aku sebelum pergi menuntu ilmu.

  Saat aku menjejak kaki ke dalam lecturer room itu, aku melihat Mr. Biology. Tiba-tiba jantung aku jadi berdegup dengan kencang. Tiba-tiba hati aku menjadi tak keruan. Aku jadi terkejut apabila melihat dia. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan aku menjadi begini. Rama-rama dalam perutku tiba-tiba sahaja bergerak yang sebentar tadi hanya diam sahaja.

" Alahai hanis apesal lak dengan hati dan jantung kau ni. Tadi elok-elok je. Apesal tiba-tiba jadi macam ni. Aduhai. Apa aku nak buat ni. Apa aku nak buat ni. Kenapa lak kau duk kat depan meja cikgu aku ni. Macam mana aku nak tanya soalan ni. Aku nampak muka kau pun tak boleh, ni nak belajar dengan kau ada kat depan tu. Kalaunya pengsan kat sini wat malu jelah. " aku bermonolog sendirian.

   Tanpa berfikir panjang aku terus blah dari satu. Otak aku dah tak boleh nak fikir apa. Apa yang aku tahu, aku tak boleh jumpa dengan lecturer aku buat masa ni. Bye-bye cikgu.

BERSAMBUNG.........

Once You Think, Remember Allah who is Our Creators

Assalamualaikum my diary.

Tetiba lak, keluar perkataan ini dalam minda ONCE YOU THINK, REMEMBER ALLAH WHO IS OUR CREATOR. Tak tahu lak, apesal otak ni tiba2, kluar prkataan ini. Ada mksud tersirat prkataan ini. Tapi, apkh mksud tersiratnya ye. hahahahaha. (Duk main teko-teki sekor weh. hahahaha. kure nyo jadi)

Once you think, remember Allah who is our creator. It means never follow your desire when you want to figure out or do something. Manusia ni dia ada kelebihan dan kekurangan yg Allah brikan kpd mereka sjak mereka dilahirkan. Kelebihannya adlah akal dan kekurangannya adlah nafsu. Mmg tabiat manusia, lbih suka mengikut hawa nafsu dri menggunakan akal yg dibrikan oleh Allah.

Siapa yg tk suka akan kesenangan dunia. Siapa yg suka brsusah dahulu bersenang kemudian. Siapa yg suka bersabar. Senang kata siapalah yg tak nk hidup senang dan bahagia semasa berada di dunia ini. Semua inginkan kesenangan di dunia ini. Ini kerana ia membuatkan hati kita sangat bahagia. Dengan kata lain, senyuman sentiasa melekang  di bibir. Hati pun mula lah jadi lara. Duk rasa dunia ni dia punyalah.

Oleh sebab itu, Allah memberikan kita kelebihan yang tidak dimiliki oleh ciptaan-Nya yg lain iaitu akal. Ciptaan Allah yg lain, misalnya binatang mana ada akal. Kalau ada akal tak delah binatang tu duk berak atas jalan. Manusia ini adalah salah satu ciptaan Allah yang paling hebat. Hal ini, membuatkan kita lain dari ciptaan Allah yg lain.

Allah brikan kelebihan pada hambanya bukan sahaja2 nak main2 taw. Allah ni bagi kelebihan bersebab. Sebabnya Allah nk tgok hamba Dia ni gunakan dgn elok tak kelebihan yg diberikan. Oleh itu, kalau kita berfikir, ingat Allah terus iaitu pencipta kita. In sha Allah,bila kita nak buat sesuatu keputusan kalau kita ingat Allah, kita akan buat keputusan dengan bijak tanpa mengikut hawa nafsu. Nafsu ni akan sentiasa menghantui diri kita. Ia akan sentiasa mengikut kita. Ia akan selalu menghasut agar kita membuat sesuatu perkara yang menggembirakan kita walhal ia adalah sesuatu yang akan merosakkan diri kita.

So, once you think, remember Allah, who is your creators. In sha Allah, you will never follow your desire. You will make the best decision in your life.

Monday 8 February 2016

Sahabat Penawar Hatiku

Assalamualaikum diariku.

Ni first time, membuat coretan di blog. Sebelum ni tk prnah pun. Selalunya buat coretan dlm buku je. Tapi hari ni tiba2 gatal ase nk buat coretan di tempat awam. hahahahaha.

Actually hari ni aku bahagia sgt. Bukan bahagia sbb pk we beli bunga, coklat or hadiah besar2. Ataupun sbb mak bagi hadiah kpd aku. Tapi sbb aku dpt jumpa dgn kawan baik aku. No, bkn kawan baik tapi orang yg sudah aku anggap spt darah daging aku. Orang yg sgt aku percayai, org yg slalu ad saat aku susah dan senang, org yg slalu bri nasihat kpd aku saat aku prlukn nasihat or saat aku sudah buat sesuatu yg tdk baik.

Walaupun kami berkawan takdelah sampai 5 tahun, tp aku sanggat menghargai persahabatan ini. Jujur aku katakan, skiranya ad manusia yg sanggup beli ap sahaja yg aku inginkan dgn syarat aku harus putus sahabat dgn kawan baik aku, aku brani katakan kpdnya, langkahlah mayat aku, sblum kau brani berbicara sebegitu. Hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu prasaan aku yg aku sgt hargai persahabatan ini. Hanya Allah shj yg tahu, betapa aku sgt sygkn mereka. Aku tk mampu tgok mereka bersedih atau dlm kesusahan. Aku sanggup lakukan ap shj asalkn mereka bahagia.

Aku sgt menghargai hubungan ini sbb, 16 tahun aku hidup, tdk prnah skalipun aku brjumpa dgn org yg tulus ingin brkawan dgnku. Org yg sanggup trima aku seadanya.Org yg blh trima baik buruk aku. Orang yg sntiasa support aku.

Sebelum ni, aku slalu trfikir, adkh aku akan slamanya tdk akn ad sahabat? Perkara tu, brulang kali  brmain diminda aku. Kadang2, sampai aku bnci dgn diriku. Aku slalu cuba banding diriku dgn org lain, ap kurangnya aku sehingga aku tk mmpu ad seorang sahabat. Ap lbihnya org lain yg mmblhkn dy ad seorang sahabat. Kawan kita mampu dpt di mana sahaja kita berada. Tapi sahabat, sukar untuk kita miliki.

Pemberian Allah tdk prnah kita dpt duga. Org yg mnjadi sahabatku, adlh org yg sering dkt dgnku. Tapi, aku tdk melihat mereka. Aku hnya melihat org lain yg ad rupa paras bagus dan bijak pandai. Teruknya diri ini, krana memandang perkara itu semata-mata. Allah, Kau sahajalah tahu, betapa bersyukurnya aku memiliki sahabat ini. Terima kasih Allah, krna Kau sudah makbulkn doaku.  Apa yg Kau beri ini, sgt brmakna buatku.

Selepas blik dri kolej sbb cuti midsem, trus nk jumpa sahabat sbb nk story mory dgn mereka. Tp hari ini bru dpt jumpa dgn mereka. Lps satu hari duk story mory dgn mereka, aku rasa beban aku dh xde. Aku rasa tenang sgt. Bkn mksudku, yg kawan ni mampu menyelesaikan masalah aku and buat aku ase tenang sgt. Aku rasa tenang sbb ad org yg dgr kisah aku. Mmg dlm al-quran sudah kata, klau kita ad msalah, britahulah kpd Allah. Aku dh buat semua itu, cuma aku ni jnis org yg bila nk brcerita kna ad benda yg brnyawa mndgar. Itu buatkan beban aku berkurang sedikit even masalah besar pun.

Itulah sebab kenapa aku rasa sahabat penawar hatiku.