Tuesday, 9 February 2016

Cinta Si Gadis Chemistry To Mr. Biology

  "Cikgu, comelnya budak ini. Anak cikgu ke?" tanya aku kepada Mr. Biology sambil melihat budak di dukung di belakangnya.

  "Takdelah awak" katanya sambil mencuit daguku.

    Hari demi hari berlalu,  aku menjaga budak itu bersama dengan Mr. Biology. Budak itu sudah aku anggap seperti anakku. Aku menjaganya bersama Mr. Biology dengan penuh kasih sayang. Kami sangat menyayangi budak itu. Aku merasakan kami seperti sebuah keluarga yang bahagia. Hari-hari aku berasa sangat bahagia di samping anak itu dengan Mr. Biology.

  "Hanis bangun, solat subuh. Dah pukul 6.30 pagi dah ni. Dah lewat. Toilet dah ramai orang tu. Bangunlah." kata Dayah iaitu roommateku kepadaku.

  Aku bangun dari tidur dalam keadaan mengantuk pergi ke toilet untuk mandi. Sepanjang aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, jarang sekali untuk aku mandi di bathroom pada waktu pagi. Aku ni adalah manusia yang paling benci menunggu. Aku tak sukalah menunggu berjam-jam semata-mata nak mandi dekat bathroom. Aku rela mandi dalam toilet dari mandi dalam bathroom yang aku harus tunggu berjam-jam. Ini hanya membazirkan masa aku sahaja.

   Saat aku sedang mandi, perasaan aku ni berasa sangat gembira. Aku tidak tahu kenapa perasaan  aku gembira sangat. Aku jadi tertanya-tanya.

   "Apesal lak ni gembira semacam. Aku mimpi ape semalam ni. Mesti ada benda yang aku mimpi, sampai aku rasa gembira ni. Tapi ape ep? Hah, aku mimpi dekat lelaki tu. Apesal lak aku mimpi dekat dia. Aduyaiii... Gila apelak ni mimpi dekat dia. Buang tabiat ke apa mimpi ke lecturer sendiri." kata aku dalam hati.

  Selesai sahaja date dengan Allah, aku terus cerita mimpi aku itu kepada roommate aku. Aku cerita segalanya dari A-Z. Aku tanya roommate aku tentang mimpi ini sambil bersiap sedia hendak pergi ke kuliah.

  " Dayah, kenapa hanis mimpi macam ni? Dayah, betul ke kalau kita mimpi dekat seorang lelaki ni, maknanya lelaki itu adalah jodoh kita? " tanya aku.

  " Awak semalam mimpi kan dia, pukul berapa? Orang kata kalau mimpi waktu pukul 2 pagi hingga 4 pagi lebih itu adalah mimpi yang boleh menjadi kenyataan. Tapi saya tak pastilah betul ke tak " beritahu Dayah.

  " Hanis, bakpo anis mimpi ko crush ore nya anis. Anis ni jahatlah mimpi ko crush ore. " kata roommateku seorang lagi iaitu seorang gadis dari negeri asalku iaitu Kelantan.

  " Hanis pun tak tahu jugak bkpo mieja. Anis pun kejut boleh mimpi ko dia. Anis tak pernah sekali pun teringin nak dekat dia or crush kat dia. Hanis pun tahu yang mieja crush dekat dia. Takkan anis nak ambik orang yang mieja crush. " beritahu aku kepada mieja.

   " Hanis mimpi pasal dia ni waktu anis terjaga Dayah bangun nak study. Hanis xsure pulak pukul berapa waktu tu. Tapi, masa anis terjaga tu, sebelum tu dah mimpi dah, lepas terjaga tu dia sambung balik. " jawab aku soalan Dayah itu.

  Semua orang dalam bilik itu tidak dapat menjawab soalanku. Aku hairan kenapa aku boleh mimpikan dia. Aku tahu tentang kewujudannya di kolej itu. Aku tahu yang dia menjadi tumpuan ramai pelajar perempuan di kolej itu. Ramai pelajar perempuan yang menggilai dia. Ini kerana dia seorang yang handsome, tinggi, putih dan kaya. Memanglah itu adalah ciri-ciri lelaki pilihanku tapi aku dah belajar dekat matrik tu nak habis satu semester. Setiap kali pergi pejabat lecturer, selalu jumpa dia. Tak pernah simpan dalam hati, yang minat dekat dia.

  Kenapa pulak baru sekarang perasaan ini ada. Aigooo. Apesal dengan aku ni. Biarkanlah. Hanya mimpi semata-mata kali. Lupakan itu. Kau nak exam PSPM ni anis, lupakanlah. Syaitan nak godalah tu biar kau tak fokus. Lupakan,


Minggu study week untuk PSPM.


    Hari ni aku bercadang nak pergi berjumpa dengan lecturer chemistry aku selepas seminggu tak datang jumpa. Aku nak pergi buat latihan bersama dengan dia. Semua roommate aku tiada dalam bilik, semuanya pergi berziarah "pentad", iaitu lecturer room. Kami ada masa seminggu sahaja lagi sebelum menghadapi peperangan besar bagi semester ini. Jadi, kami harus memperlengkapkan diri sebelum pergi berperang. Oleh sebab itu, pihak kolej memberi peluang kepada para pelajar untuk pergi berjumpa dengan lecturer untuk menanyakan soalan yang tidak dapat diselesaikan.

" Hanis nak pergi pentad dulu ye. Bye. Assalamualaikum Dayah and Mieja. Bye Kuga. " kata aku sebelum pergi menuntu ilmu.

  Saat aku menjejak kaki ke dalam lecturer room itu, aku melihat Mr. Biology. Tiba-tiba jantung aku jadi berdegup dengan kencang. Tiba-tiba hati aku menjadi tak keruan. Aku jadi terkejut apabila melihat dia. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan aku menjadi begini. Rama-rama dalam perutku tiba-tiba sahaja bergerak yang sebentar tadi hanya diam sahaja.

" Alahai hanis apesal lak dengan hati dan jantung kau ni. Tadi elok-elok je. Apesal tiba-tiba jadi macam ni. Aduhai. Apa aku nak buat ni. Apa aku nak buat ni. Kenapa lak kau duk kat depan meja cikgu aku ni. Macam mana aku nak tanya soalan ni. Aku nampak muka kau pun tak boleh, ni nak belajar dengan kau ada kat depan tu. Kalaunya pengsan kat sini wat malu jelah. " aku bermonolog sendirian.

   Tanpa berfikir panjang aku terus blah dari satu. Otak aku dah tak boleh nak fikir apa. Apa yang aku tahu, aku tak boleh jumpa dengan lecturer aku buat masa ni. Bye-bye cikgu.

BERSAMBUNG.........

No comments:

Post a Comment